Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.....Masih ada lagi kah Zainab Al-Ghazali yg Ke-2

 
 Bismillahirrahmanirrahim...


Zainab Al-Ghazali bukanlah seorang tokoh yang asing bagi aktivis2 gerakan dakwah. Beliau dilahirkan pada tahun 1917 dan telah kembali ke rahmatullah pada ogos 2005. Sorotan sejarah hidup beliau amat menarik bagi aktivis gerakan dakwah muslimat. Anak kepada seorang guru/pensyarah di Al-Azhar ini, telah menubuhkan Jema'at Al-Sayyidat Al-Muslimat seawal usia 18tahun (ada juga yang mengatakan ketika usia beliau 20tahun). Pada tahun 1937, jemaah muslimat yang diasaskan oleh beliau menjadi cabang kepada gerakan Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika itu. Pada awal penubuhan, Jema'at Al-Sayyidat Al-Muslimat ini tidak begitu terikat dengan Ikhwanul Muslimin sehinggalah berlaku peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun1948, maka Zainab Al-Ghazali bersetuju bergabung sepenuhnya dengan Ikhwanul Muslimin dan menyatakan bai'ahnya kepada Hassan Al-Banna. Pakatan membunuh Hassan Al-Banna pada tahun 1949 telah dilaksanakan oleh musuh dan akhirnya gugurlah seorang pejuang gerakan islam yang amat digeruni. Kedengkian dan kezaliman pihak musuh tidak terhenti disitu dan terus berusaha melumpuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin. Akhirnya, Zainab Al-Ghazali juga dipenjarakan pada jumaat 20 ogos 1965. Pelbagai siksaan dikenakan keatas beliau sehingga beliau pernah dicuba untuk dirogol ketika berada didalam tahanan. Namun, dengan kekuasaan Allah beliau telah berjaya menewaskan lelaki yang diarahkan untuk merogol beliau. Pada 7 ogos 1971 akhirnya beliau dibebaskan dari tahanan.

Nah, begitu hebat kisah perjuangan beliau persis Nusaybah binti Ka'ab Al-Maziniyah yang berperang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w ketika peperangan uhud. Kira2, anak gadis di Malaysia seawal usia 18 tahun apa prioriti mereka? Kebanyakannya hanya fikir untuk tampil cantik, tak kurang berusaha mencari pasangan secocok. Ya lah, di usia ini, baru tamat zaman sekolah. Dianggap sudah matang kata orang. Kalaulah seluruh anak gadis punya pemikiran sama seperti Zainab Al-Ghazali, seawal usia 18tahun sudah mengasaskan gerakan islam. Masihkah ada pengganti beliau? Ya, pasti ada yang menjawab, zaman sekarang sudah ramai aktivis muslimat gerakan islam. Pun begitu, rata2, aktivis muslimat gerakan islam hanya menjadi pengikut. Kalau tidak begitu, masakan dalam ucapan dasar Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada muktamar yang lepas mengatakan gerakan muslimat harus lebih kehadapan. Angah menyambut baik lontaran pendapat bernas tuan guru tersebut. Aktivis muslimat gerakan islam perlu lebih kehadapan.bukan hanya cakap2 belakang dan tidak berani kehadapan. Bukan juga hanya asyik memikirkan masalah ukhuwwah dan masalah hati. Sungguh, tidaklah angah beranggapan muslimat perlu menjadi lebih daripada muslimin, kerana itu memang mustahil bertepatan dengan lumrah kejadian manusia yang Allah jadikan. Peranan aktivis gerakan muslimat adalah menjadi pemimpin dan idola bagi seluruh masyarakat perempuan di Malaysia. Siapa lagi yang akan mendepani Sister in Islam (jaguh liberalisme di Malaysia) kalau bukan ahli gerakan islam muslimat. Biar aktivis muslimat gerakan dakwah yang paling awal mendepani isu2 berkaitan hak2 wanita dan kelurga. Turun ke padang membantu golongan ibu tunggal, berada di barisan hadapan dalam menegakkan hak2 wanita dalam islam, lantang bersuara dan cepat kehadapan merespon isu2 berkaitan wanita pada massa, menjadi pencutus idea2 baru dalam menyelesaikan masalah global dan glokal. Biar dunia melihat sendiri kehebatan islam mentadbir wanita.

Sekian lontaran pendapat ringkas buat pembakar semangat aktivis muslimat gerakan islam. Ayuh sahabat2 kita bangkit. Andai tak mampu menjadi Zainab Al-Ghazali cukuplah kita menjadi diri sendiri yang telah berusaha sehabis baik yang kita mampu untuk Islam yang kita semua sayangi. Entry ini bukan hanya buat tatapan sahabat2 sekalian, namun juga buat diri ana sendiri. Tangan yang menulis ini lebih dekat dengan hati pemilik entry berbanding sahabat2 yang membaca. Justeru, hati inilah yang lebih terkesan dengan pena sendiri. Moga ada iktibarnya buat semua. Salam mahabbah, teruskan berjuang hingga ke akhirnya.

0 comments: