Berkorban Menegakkan Kalimah Tauhid

Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;

"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."


Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.

Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas.

Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat.

Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.

Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):

"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."

Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.

Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.

Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Bertunang Janji Murni Ke Arah Penuhi Sunnah



Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina


PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.



Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

Nafsu Ammarah Darjat Yang Paling Hina


SETIAP orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal.

Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk.


Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang. Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.

Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah, radiah dan mardhiah.

* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.

Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan.

Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.

Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting.

Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.

Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.

Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.

Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.

Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah dan terjelir lidahnya kerana kepenatan.






وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ
فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ
ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
 (١٧٦,سُوۡرَةُ الاٴعرَاف)




"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan


(sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.


Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya;


maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya:


Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya:


 Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.


Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.


Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.




 (Al-Araf ayat 176)



Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk. Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu.

Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya.

Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.

Pakaian Yang Halal tapi Haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.
Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.


Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Rakan-rakan remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.


Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Saya harap rakan-rakan remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita....


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah,


termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:


I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Apa Itu Wahabi......?


Wahabi merupakan satu fahaman aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab.Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi.Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924.Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.


Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

* Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
* Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.
Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Perubahan

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
5. Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Wallahua'lam

Rosalyn Rushbrook:Menemukan Kebenaran ISLAM Dalam Al-Kitab


Dia mendapati ajaran agama terdahulu telah banyak menyimpang, terutama yang berkaitan dengan konsep ketuhanan. Ia mendapat ijazah di bidang Teologi Kristian. Namun, pengetahuan Kristiannya yang begitu mendalam, menjadikan perempuan paruh baya ini mencintai Islam.
Rushbrook yang berganti nama Ruqaiyyah Waris Maqsood setelah memeluk Islam, merupakan salah satu penulis buku-buku Islam paling produktif.


Puluhan buku berkenaan dengan Islam telah ditulis oleh perempuan kelahiran London, England tahun 1942 ini. Buku-bukunya termasuk best seller dan menjadi referensi serta rujukan di berbagai negara.

Jauh sebelum memeluk agama Islam, Ruqaiyyah lahir dan dibesarkan dalam lingkungan Kristian Protestan. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Dia memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian dari Universiti Hull, England, tahun 1963, dan master dalam bidang pendidikan di universiti yang sama pada tahun 1964. Selama hampir 32 tahun, dia mengelola program studi ilmu-ilmu keagamaan di berbagai sekolah dan perguruan tinggi di England. Dia juga sempat menjawat sebagai ketua Studi Agama di William Gee High School, Hull, England.

Pengetahuan Kristiannya yang begitu mendalam, membuatnya menulis beberapa buah buku tentang Kristian. Namun, siapa yang dapat menyangka jika pengetahuannya yang begitu mendalam tentang Kristian pulalah yang menyedarkannya. Dia mendapati ajaran Kristian yang diyakininya selama ini telah banyak menyimpang, terutama yang berkaitan dengan konsep ketuhanan.


Dengan pengetahuan yang dimilikinya, Ruqaiyyah bergerak atas inisiatif sendiri mencari kebenaran berdasarkan kajian-kajian ilmiahnya, termasuk mempelajari Alkitab. Namun, akhirnya dia meninggalkan agamanya itu setelah bergelut bertahun-tahun dalam pencarian atas pertanyaan-pertanyaannya tentang konsep teologi Triniti. Dia tidak menemukan apa-apa. Akhirnya pada tahun 1986, di saat usianya menjangkau 44 tahun, Ruqaiyyah memutuskan untuk memeluk Islam.


Ruqaiyyah memeluk Islam murni berdasarkan latar belakang pengetahuannya dan kajian mendalam tentang ajaran ketuhanan, baik dalam Islam dan Kristian. Seperti kebanyakan muallaf lainnya, dia menyebut dirinya telah ‘kembali’ dengan menjadi Muslim. Kini, dia memperjuangkan Islam menerusi tulisan dan buku-bukunya.


Dalam wawancara dengan sebuah media, dia ditanya perihal konsep Islam tentang Nabi Isa, yang dalam ajaran Kristian disebut Yesus. "Dinegara Barat, ada ajaran ilmu etika berinti pada cinta dan kasih Tuhan dan tolong-menolong sesama manusia. Itu semua diajarkan juga oleh semua nabi, termasuk Nabi Muhammad SAW. Kami orang Islam juga meyakini Nabi Isa sebagai salah satu nabi yang diutus Allah," kata Ruqaiyyah.



Keputusan Ruqaiyyah untuk berpindah keyakinan membawa konsekuensi pada kehidupan rumahtangganya. Ia memutuskan untuk mengakhiri biduk perkahwinannya dengan penyair Inggeris George Morris Kendrick yang telah dijalaninya sejak 1964. Dari perkahwinannya dengan George, mereka memiliki dua orang anak, Daniel George lahir 1968 dan Frances Elisabeth Eva lahir 1969. Kemudian di tahun 1990, dia menikah lagi dengan lelaki keturunan Pakistan, Waris Ali Maqsood.


Berdakwah melalui tulisan selepas 'hijrah' kepada agama Islam, tidak membuat Ruqaiyyah berhenti menulis. Justeru sebaliknya, ia menjadi semakin produktif. Lebih dari 30 buku mengenai Islam telah ia tulis. Saat ini dia memiliki sembilan buah buku yang masih dalam proses penerbitan. Dia juga menulis pelbagai artikel di majalah mahupun akbar yang berkaitan dengan Islam dan Muslim.
"Saat ini Islam dicap sebagai agama bermasalah. Sangat tidak adil. Kerana itu, saya berusaha menulis untuk memperbanyak literatur-literatur (kajian) Islam. Harapan saya, agar melalui tulisan-tulisan itu, dapat membantu memperbaiki atmosfer atau pandangan yang kurang berpihak kepada Islam", cetusnya.


Buku-buku mengenai Islam yang ditulisnya cukup beragam. Tidak hanya buku-buku kategori ‘berat’, seperti buku mengenai sejarah Islam dan isu seputar Muslimah, tetapi juga buku-buku tentang bimbingan kaunseling bagi remaja Islam. Juga ada beberapa buku saku, antara lain A Guide for Visitors to Mosques, A Marriage Gui dance Booklet, Muslim Women’s Helpline.


Saya sangat tertarik menggeluti sejarah Islam, terutama tentang kehidupan wanita-wanita di sekitar Nabi Muhammad. Saya acapkali membela kempen anti-Islam yang mendiskreditkan wanita Muslim.


Oleh komuniti Muslim di England, ia juga diminta untuk menyusun buku teks mengenai Islam. Buku-buku teks hasil karyanya ini dipakai secara luas di England selama hampir 20 tahun. Buku-buku itu dipakai oleh kalangan pribadi, muallaf, dan pelajar-pelajar sekolah umum dan madrasah di England dan beberapa negara lainnya.


Ia juga membantu mengembangkan silabus bagi pelajar sekolah agama, bekerja sama dengan jawatankuasa pendidikan setempat. Sukatannya tergolong unik, dibuat khusus agar pelajar mandiri. Jadi, tanpa guru atau fasiliti, tetap boleh dilaksanakan. Sukatannya dirancang untuk pelajar sekolah rendah hingga institut pendidikan tinggi. Menariknya lagi, buku itu boleh dipakai untuk pendidikan formal, non-formal; misalnya di rumah, bahkan juga di penjara. Ruqaiyyah kini juga aktif menjadi tutor jarak jauh (distance learning) untuk Asosiasi Peneliti Muslim (AMR) sebagai aktiviti lainnya.


Aktiviti mengajarnya juga padat. Banyak negara telah dilawatinya, di antaranya AS, Kanada, Denmark, Sweden, Finland, Irland, dan Singapura. Ruqaiyyah juga mengajar di beberapa universiti yang ada di England, seperti Oxford, Cambridge, Glasgow, dan Manchester. Juga, mengajar di School of Oriental and Arabic Studies di London.


Ruqaiyyah menerima Muhammad Iqbal Award tahun 2001 atas kreativiti dan jasanya, dalam mengembangkan metodologi pengajaran Islam. Dialah muslim pertama berbangsa Inggeris yang pernah menerima anugerah berprestij tersebut. Tidak hanya itu, pada Mac 2004 Ruqaiyyah terpilih sebagai salah seorang dari 100 wanita berprestasi di dunia. Dalam ajang pemilihan Daily Mails Real Women of Achievement, Ruqaiyyah Waris Maqsood termasuk salah seorang daripada tujuh orang wanita berprestasi dalam kategori keagamaan.




Nama Muslim : Ruqaiyyah Waris Maqsood
Nama asal : Rosalyn Rushbrook
Tarikh lahir : 1942
Memeluk Islam : 1986
Suami pertama: George Morris Kendrick (Cerai)
Anak : Daniel George dan Frances Elisabeth Eva
Suami Kedua : Waris Ali Maqsood
Pekerjaan : Penulis
PENGHARGAAN:
1. News Awards for Excellence (2001)
2. Muhammad Iqbal Award (2004)
3. Salah satu dari tujuh pemenang Daily Mail’s Real Women of Achievement.
4. Salah satu dari empat penerima Perdamaian Global dan Kesatuan Lifetime Achievement Award ().Muallaf Center Online

Ke Arah Menegakkan Hukum Islam Di Muka Bumi Ini

Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang.  Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu?  Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana.
Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah?  Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda?  Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah?  Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya.
Khilafah
Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”.  Surah Al Baqarah : Ayat 30
Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan).
Telah jelas tentang antara tujuan penciptaan manusia iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Manusia diutuskan ke dunia ini untuk memakmurkan bumi dan menjauhkan diri dari merosakkannya. Maka sistem Islam lah yang terbaik untuk dipraktikkan bagi kemakmuran bumi, sistem2 yang lain semuanya telah menuju ke arah kehancuran lebih2 lagi kehancuran akhlaq dan peradaban manusia itu sendiri.
Untuk melaksanakan sistem Islam, mestilah dilaksanakan secara keseluruhannya, termasuklah dalam hal undang2 negara, barulah nampak keindahan dan kecantikan sistem Islam itu. Yang kita perlu faham bahawa dalam Islam ada 3 bidang besar iaitu Islam , Iman dan Ihsan. Tidak lengkap jika hanya beriman tetapi tidak beramal. Tidak menjadi jika beramal tanpa iman dan ihsan yang jitu, dan begitulah seterusnya.
Dan orang2 Islam juga diperintahkan agar menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari kemungkaran sebagaimana firman Allah S.w.t.
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.” Surah Aali Imran – Ayat 110
Sepertimana Nabi S.a.w juga bersabda yang bermaksud , “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah.”  Hadith Riwayat Muslim
“Kalian harus menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran, atau (kalau tidak) Allah akan mengirim hukuman kepada kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya. Namun Dia tidak mengabulkan doa kalian.” (Diriwayatkan dari At-Tirmidzi dan ia mengHasankannya).
Dan Allah mengecam bagi manusia yang tidak melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar melalui firmannya yang bermaksud, “Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” Surah Al-Maidah :ayat 78-79



Kepemimpinan Malaysia sekarang
Mari kita perhatikan dari mana pemimpin Malaysia sekarang mendapat kuasa.  Adakah mereka meneruskan sistem khalifah dari nabi dan para sahabat? Adakah mereka dibai’ah dengan kaedah islamik dan  terus menerus menegakkan undang2 Islam? Ketahuilah, kuasa pemerintahan di Malaysia sekarang telah dibahagi2 kan oleh British yang pernah menjajah Malaysia dulu.  Pemimpin yang ada sekarang ini bukannya kesinambungan dari sistem khalifah yang telah diajar oleh nabi Muhammad S.a.w malahan sistem yang ada sekarang adalah cedokan dari sistem barat / kuffar.
Dan pelaksanaan HUkum Islam adalah wajib ke atas semua tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Tetapi kita pun tahu, Allah suruh kita berdakwah dengan penuh BIJAKSANA, bukan bertindak melulu dan melebih2 (ghuluw).  Maka ’step by step’ lah kita laksanakannya, mulakan dengan umat Islam terlebih dahulu, dan berikan kefahaman yang lebih banyak dulu kepada yang non-muslim bagi mereka faham. Apabila Hukum Islam sudah tertegak saya yakin, mereka pun akan terpaut dengan undang2 Islam yang NYATA boleh membasmi jenayah ini. Dan kita tidak perlu berkeras dengan kafir dzimmi bahkan kita perlu berbuat baik dan memberi perlindungan kepada mereka, itu yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.
Ada pihak yang terlalu terburu2 untuk melaksanakannya secara keseluruhan, tetapi mereka pandai mengatakan bahawa dakwah yang mula2 perlu dibuat ialah dakwah iman. Bagi kefahaman dulu terhadap mereka2 yang masih belum beriman. Tetapi dalam hal mahu melaksanakan hukum Islam, mereka terlalu ta’asub dan terus merendah2kan golongan2 yang cuba mahu menegakkan Hukum Islam di Malaysia ini. Cara mereka itu lebih kepada menuju kehancuran daripada membuat pembaikan. Ini kerana kita dah tahu umat Islam sekarang masih lemah lagi tetapi mahu terburu2 melaksanakan secara keseluruhan, maka tidak mustahil makin timbul kucar kacir dari itu nanti. Dan cara mereka juga boleh menimbulkan ketakutan kepada non-muslim.
“…dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesusahan.”  Surah Al-Hajj : ayat 78
“Gembirakanlah dan jangan biarkan mereka lari, permudahkan dan jangan persusahkan.” Hadith riwayat Muslim, 4525
“Sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan, dan kamu semua tidak diutuskan untuk menyusahkan.” Hadith riwayat Bukhari
Seterusnya ada pihak yang begitu manja sangat sehinggakan tidak mahu menegur langsung pemimpin dan berusaha sedaya upaya untuk menentang mereka yang menegur pemimpin. Tetapi, jika benar mereka sayangkan pemimpin mereka, maka mereka tidak patut membiarkan pemimpin berada dalam dosa sentiasa dan apa lagi tanggungjawab seorang pemimpin itu amatlah berat. Jika benar dia hayati hadith yang menyuruh kita agar sayangkan sesama saudara, maka kita sepatutnya menegur jika ada kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. Ini kerana kita tidak mahu dia menanggung beban yang amat berat di kemudian hari nanti, itu baru namanya kita sayangkan pemimpin.
Sayangkan anak tangan2 kan, sedangkan nabi pun menyuruh merotan anak jika ia telah akil baligh dan tidak mahu melaksanakan kewajipan2nya sebagai muslim.  Adakah seorang ayah itu sayangkan anaknya jika dia membiar sahaja anaknya berbuat dosa dan tidak solat?  Memang dari kaca mata nafsu nampak baik, kononnya ayah itu seorang yang lemah lembut dan tidak mahu menyusahkan anaknya. tetapi adakah itu bagus dari kaca mata Islam?  Fikirkan lah sebaik mungkin.
Sama lah dengan rakyat, adakah rakyat itu benar2 sayangkan pemimpin apabila rakyat biarkan sahaja pemimpin berada dalam kebathilan?  Ingatlah, menjalankan undang2 islam adalah wajib dan pemimpin akan sentiasa berdosa selagi tidak menjalankannya. Tidak kasihankah kamu terhadap mereka?
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”  Surah Al-Ma’idah : ayat 49.
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.”   Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”  Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”   Surah Al Ma’idah : 47

“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.”  Surah Al-Baqarah : Ayat 99
“Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.”  Surah An-Nahl : Ayat 89
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [An-Nisa : 115]
Syaikh Al-Albani berkata : “Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa umat Islam pada zaman sekarang –kecuali sedikit di antara mereka- tatkala mereka tidak berpegang teguh dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka tersesat dan hina, yang demikian itu kerana mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka.
“Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan” [HR Tirmidzi 2155 dishahihkan oleh Al-Albani Shahihul Jami’ 2316]

Dan saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini dianggap mahu memecah-belahkan atau mahu menunjuk2 siapa yang betul dan siapa yang salah. Terpulang pada persepsi anda sendiri lah mahu kata apa terhadap tulisan ini. Tetapi saya tegaskan, ini hanya sebagai pertukaran pendapat , maka saudara2 pembaca nilailah sendiri mana pendapat yang terbaik.  Saya tidak memaksa mana2 pihak untuk mengikut pendapat2 yang saya utarakan ini. Tak ada kuasa pun saya nak paksa2  :)  Masing2 dengan pendapat masing2 sendiri dan semoga kita semua bertujuan untuk kebaikan ummat dan melakukannya kerana Allah. Semoga kita dijauhkan mengikut pendapat ulamak2 yang mahu kan kemewahan duniawi lebih dari ketaqwaan terhadap Allah, dan semoga kita dijauhkan berdakwah semata2 kerana dunia.
Lebih2 lagi penyebaran maklumat sudah tidak terbatas sekarang terutamanya di intenet ini. Maka minda manusia dengan mudah boleh diracuni oleh ideologi2 yang mahu memporak perandakan umat Islam dan mahu melihat umat Islam berpecah belah. Ketahuilah bahawa musuh2 Islam sentiasa mahu melaga2kan kita sesama sendiri, apabila umat bertelagah sesama sendiri maka tiada lagi kekuatan pada umat Islam itu. Berhati2 lah wahai muslimin dan muslimat semua.
Kerana itu lah pentingnya kita kembali kepada AlQuran dan AsSunnah. Kembali kepada AlQuran dan As Sunnah bukan hanya kita membaca AlQuran dan mempraktikkan sunnah di dalam rumahtangga kita. Tetapi ianya mesti dilaksanakan secara menyeluruh bermula dengan yang wajib2 dahulu. Ini perkara2 yang wajib pun kita tidak laksanakan semua lagi, tetapi dah tumpu kepada perkara2 fadhilat dan sebagainya. INi lah yang perlu dipertimbangkan kembali dan umat Islam perlu mengkaji sedalam2nya kelemahan kita sekarang ini.
Perkara2 yang wajib pula mesti dimulakan dari atas, baru lah yang bawah2 ni dapat mengikuti dengan baik. Maka pemimpin lah yang mula2 sekali perlu menukar undang2 yang ada sekarang kepada undang2 Islam, insyaAllah apabila tunjangnya dah kuat maka cabang2nya nanti akan semakin kuat juga.
Adakah kita tidak boleh menukar kuasa kepemimpinan sekarang?
Ada pihak yang memberikan beberapa dalil dan hujjah bahawa kita tidak boleh menentang pemimpin yang ada sekarang dan tidak boleh merampas kuasa. Antaranya;
“Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertaqwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq Dr. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290 dan hadis ini turut disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dhilalil Jannah hal. 507)
Tetapi tahukah anda pemimpin yang macam mana yang Rasulullah S.a.w maksudkan?  Dan bagaimana pula anda mahu menjawab tentang hadith2 ini?

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:  ”Seutama-utamanya jihad ialah mengucapkan kalimat menuntut keadilan di hadapan seorang sultan – pemegang kekuasaan negara yang menyeleweng. ”  Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Nabi s.a.w. bersabda:  ”Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.”   Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
Anda perlu tahu, kita tidak boleh mengambil maksud suatu hadith itu bulat2 tanpa memikirkan ada hadith lain yang lebih kuat atau hadith itu hanya berkias dan seumpamanya. Dan kita perlu tengok juga suasana hadith itu keluar macam mana.  Telah kita semua ketahui, nabi melarang keras umatnya melawan Amiirul mukminin yang menegakkan undang2 Islam. Tetapi adakah pemimpin sekarang ini menegakkan undang2 Islam?  Cuba tanya diri kita balik dan semak kembali mana yang lebih penting dari yang kurang penting. Pemimpin yang macam mana yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad S.a.w itu.
Dan satu lagi yang menguatkan hujjah kita adalah melalui ucapan Saidina Abu Bakar r.a ketika beliau dibai’ah untuk menjadi khalifah Islam yang pertama. Ucapannya bermaksud seperti di bawah;
Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.”  (Al Bidayah wan Nihayah – Imam Ibnu Katsir, dan ia mengatakan sanad itu sahih)

Bermakna di situ pemimpin yang menyeleweng dari perintah Allah tidak perlu ditaati. Maka cuba kita fikir sekarang, adakah pemimpin kita betul-betul telah menjalankan perintah Allah? Apakah HUKUM yang digunakan? Sehingga sanggup meletakkan HUKUM BRITISH, Law of Enactment lebih tinggi dari HUKUM Syariah. Mahkamah Syariah pun lebih rendah dari mahkamah majistret,  fikir-fikirkan wahai saudara-saudaraku semua. Sepatutnya Hukum yang dibuat oleh British lebih tinggi atau Hukum Allah lebih tinggi?
Sudah kita ketahui bahawa Saidina Abu Bakar adalah orang paling dikasihi oleh Nabi Muhammad S.a.w. Sehingga ada nabi bersabda yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r/a yang bermaksud ; “Andai saja aku dibolehkan mengambil khalil (kekasih) selain Allah pasti aku akan memilih Abu Bakar sebagai khalil , namun dia adalah saudaraku dan sahabatku”.
Maka ucapan dari Abu Bakar tentang soal kepemimpinan ini adalah terkemudian dan sanadnya juga telah disahihkan oleh Imam Ibnu Katsir. Maka hujjah ini adalah hujjah yang terkini dari segala hujjah dan ini lah yang paling kuat dalam soal boleh atau tidak mengubah kuasa pemimpin.
Perlu diingat bahawa sumber perundangan Islam ada 4 iaitu AlQuran, AlHadith, Ijma’ Ulamak dan Qias. Dan Ijma’ para sahabat sudah tentunya juga adalah termasuk dalam sumber perundangan Islam, ingat tu. Dan jangan lah sekali2 kiat mengikut pendapat invidu kita semata2 kerana biri2 yang tidak tinggal dalam kelompoknya akan mudah sahaja dibaham oleh serigala. Bermakna fikirannya mudah diracuni oleh para orientalis, para ulamak yang pentingkan kemewahan dunia dan seumpamanya.
“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya’ [HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]

Update:
Pelaksanaan Hukum Allah itu bukan setakat di Malaysia, malahan untuk seluruh dunia. Alangkah bagusnya kita dapat mulakan di Malaysia, seperti mana ada sedikit di Arab Saudi, dan kemudian menjadi contoh kepada dunia akan kebaikan dan kebijaksanaannya untuk mencegah dan menghapuskan JENAYAH.
Berusaha untuk kebaikan apa salahnya, setelah kita sudah tahu HUKUM ALLAH adalah THE BEST OF THE BEST , mengapa kita masih tidak mahu berusaha melaksanakannya? kerana masih ramai belum faham dengan sebetulnya, itulah yang kita nak fahamkan kepada masyarakat sedunia. Maka yang dah faham tu, tolong lah sebar2kan seluasnya, insyaAllah, untuk kebaikan kita bersama. Jangan faham sorang2 lepas tu marah2 orang lain tak tentu pasal huhu


Rujukan :
1 – AlQuran
2 – Al Hadith
3 – Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
4 – Al Bidayah wan Nihayah – Imam Ibnu Katsir